SENARAI TUGAS


SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK  PUSAT SUMBER SEKOLAH 2013

SENARAI TUGAS PENASIHAT PUSAT SUMBER SEKOLAH (PENGETUA)

  1. Merancang belanjawan tahunan PSS.
  2. Memantau perlaksanaan segala projek dan tugas-tugas AJK dari semasa ke semasa.
  3. Khidmat nasihat dan tunjuk ajar.
  4. Meninjau dan meluluskan segala pembelanjaan yang berkaitan dengan PSS.

SENARAI TUGAS PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PK1)

  1. Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Induk PSS.
  2. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS.
  3. Merangka Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS.
  4. Memilih dan melantik guru-guru PSS bersama penyelaras.
  5. Menentukan aktiviti-aktiviti tahunan PSS.

SENARAI TUGAS NAIB PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH (GK BAHASA)

  1. Membantu pengerusi dalam urusan PSS.
  2. Mempengerusikan mesyuarat sekiranya pengerusi tidak dapat menghadiri mesyuarat.
  3. Merancang kursus dalaman untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, pembantu am PSS dan pengawas PSS.

 SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (GPM)

  1. Membeli buku-buku, majalah dan lain-lain bahan yang sesuai untuk pelajar.
  2. Menyemak / memperolehi bibliografi dan katalog daripada penerbit-penerbit buku.
  3. Mengemaskini peraturan penggunaan PSS dari semasa ke semasa.
  4. Menyelia perjalanan penggunaan PSS dan aktiviti tahunan.
  5. Memantau kerja penyemakan stok buku pada hujung tahun.
  6. Menyelia perjalanan projek nilam sepanjang tahun.
  7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.
  8. Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS.
  9. Berbincang dengan pengerusi dan menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat.
  10. Memilih dan melatih pengawas PSS.
  11. Mengisi IQ-PSS.

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA 

  1. Menyediakan dan mengedarkan surat jemputan mesyuarat.
  2. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
  3. Membantu penyelaras menyelia semua aktiviti tahunan PSS.
  4. Mengawas Pengawas PSS.
  5. Menguruskan dan mengemaskini  fail dan rekod PSS dari semasa ke semasa.
  6. Memastikan kemudahan-kemudahan PSS sentiasa dalam keadaan mencukupi.
  7. Menyediakan senarai tugas pengawas PSS.

SENARAI TUGAS AJK KECERIAAN

  1. Menjalankan keceriaan di dalam dan di luar kawasan PSS.
  2. Mengubahsuai kedudukan rak buku, perabot, alat dan sebagainya.
  3. Menyusun atur ruang-ruang seperti  majalah, suratkhabar, Karel, pameran, rekreasi, karya besar dsbnya serta kemudahan-kemudahan tambahan mengikut kesesuaian.
  4. Memastikan segala panduan dan label tunjuk arah dilekatkan di tempat yang sesuai.
  5. Mempamerkan peraturan dan panduan yang berguna di dalam PSS.
  6. Menguruskan aktiviti yang dilaksanakan oleh pusat sumber dari segi penyediaan bahan dan perhiasan.

SENARAI TUGAS AJK PROJEK NILAM

  1. Membentuk Jawatankuasa Nilam.
  2. Membantu guru kelas dalam membentuk kumpulan Rakan Pembaca.
  3. Mengadakan aktiviti memperkasakan Nilam.

             * Sediakan kertas kerja

             * Sediakan jadual program

             * Sediakan laporan

  1. Mengumpul dan merekod data Nilam.
  2. Menyediakan analisis data Nilam setiap hujung bulan.
  3. Menyediakan sijil pengiktirafan kepada pelajar berdasarkan rekod bacaan.
  4. Mengisi dan mengemaskini I-NILAM.
  5. Menyediakan jadual Nilam.

SENARAI TUGAS AJK PROMOSI/ PUBLISITI

  1. Menyediakan brosur dan buletin yang bersesuaian untuk pelajar, guru dan pelawat.
  2. Menguruskan papan kenyataan PSS.
  3. Menyediakan carta organisasi PSS  bersaiz kad manila.
  4. Melaksanakan pameran mengikut kesesuaian . Contoh Tema Hari Malaysia, Hari Pekerja , Kem Membaca dsbnya.
  5. Mengemaskini Portal Pusat Sumber Sekolah.
  1. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar.

SENARAI TUGAS AJK BAHAN CETAK DAN BUKAN CETAK

  1. Memastikan segala bahan bacaan PSS  tersusun mengikut sistem pengkelasan yang telah ditetapkan.
  2. Melakukan kerja-kerja  seperti melapik, menggunting, melekat poket kad pinjaman dan slip, tarikh pulangan dan melekatkan label buku.
  3. Mengurus pinjaman / pulangan bahan di kaunter sirkulasi.
  4. Menjilid majalah dan surat khabar.
  5. Menguruskan koleksi Direktori, Buku Laporan, Risalah, Kartografi dan Carta PSS.
  6. Memperbaiki buku-buku yang rosak atau terkoyak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s